awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/01/2019
09:31 MYT
Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah
Tengku Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja. -Gambar fail
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Baginda sempat meminta para wartawan yang setia menunggu di luar untuk “doakan yang terbaik.”
Kini berlangsung Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, yang dipengerusikan DYMM Tengku Abdullah, yang turut dihadiri Kerabat Diraja, MB Pahang, exco kerajaan negeri, serta Orang Besar Berempat.@501Awani pic.twitter.com/epUHC8eoZR
— Initial: FA (@FirdausAzil) January 11, 2019
Turut kelihatan menghadiri majlis itu ialah ahli Jumaah Pangkuan Negeri seperti Kerabat Diraja, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan seorang daripada Orang Besar Berempat Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beberapa ahli Orang Besar Berempat, Berlapan dan Enam Belas, serta barisan exco kerajaan negeri.
Turut kelihatan hadir pada majlis tersebut, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Yang Dihormat Orang Kaya Indera Syahbandar ke-11, gelaran untuk salah seorang dari Orang Besar Berempat Negeri Pahang. @501Awani pic.twitter.com/zNka51EWLp
— Initial: FA (@FirdausAzil) January 11, 2019
Walaupun media tidak dimaklumkan agenda mesyuarat itu, dipercayai mereka akan membincangkan perihal Tengku Abdullah untuk menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang baharu.
DYMM Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah selesai mengurniakan surat cara pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak hari ini.@501Awani pic.twitter.com/WF5QitJKP0
— Initial: FA (@FirdausAzil) January 11, 2019
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja
#Najib Razak
#Sultan Pahang
#Tengku Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan