awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen dikongsi Najib tidak ditandatangani Putera Abdulaziz - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2018
08:15 MYT
Dokumen dikongsi Najib tidak ditandatangani Putera Abdulaziz - Laporan
Isnin lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan dana yang disalurkan kepadanya. - REUTERS/Fail
Beberapa dokumen yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengesahkan bahawa wang AS$100 juta yang diterima beliau adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi, didakwa tidak ditandatangani oleh Putera Abdulaziz Al-Saud.
The Edge Weekly melaporkan, Mohammad Abdullah Al Koman, yang mengaku dirinya sebagai wakil Putera Abdulaziz, telah memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia yang bertanggungjawab menyiapkan dan menandatangani surat-surat berkenaan bagi pihak raja tersebut.
Laporan itu juga memetik sumber yang memberitahu, penyiasat tidak dapat mengesahkan bahawa wang yang dipindahkan dari Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance adalah sumbangan dari Arab Saudi kerana kekurangan dokumen sokongan.
Mohammad Abdullah dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia tidak dapat memberikan apa-apa maklumat dan dokumen lain mengenai wang yang diberikan kepada Najib kerana mereka ditadbir oleh undang-undang Saudi yang melibatkan kepentingan keluarga diraja Saudi.
BACA: Najib dedah bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz
Isnin lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan dana yang disalurkan kepadanya.
Melalui Facebook, beliau berkongsi tiga dokumen yang dikatakan dari Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud, dengan salah satunya bertulis 'Pengiktirafan Sumbangan kepada Dunia Islam', bertarikh 1 Feb 2011.
Dua dokumen lain adalah penyata transaksi kewangan bertarikh 24 Feb 2011 dan 25 Nov 2011.
BACA: Najib kata sukar dapat dokumen, kami dah lama ada - Wartawan WSJ
Topic Berkaitan
#1MDB
#abdulaziz al saud
#Arab Saudi
#Mohammad Abdullah Al Koman
#Najib Razak
#raja abdullah abdulaziz
#the edge
#The Edge Weekly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan