awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir akan disiasat bawah Kanun Keseksaan - KPN

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/09/2015
05:55 MYT
Dr Mahathir akan disiasat bawah Kanun Keseksaan - KPN
Khalid enggan memberitahu bila Dr Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan. - Gambar Fail
Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berikutan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di sini, hujung minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu dalam masa terdekat.
"Kita akan rakam percakapan beliau. Kita perlu rakam percakapan sebab laporan polis telah dibuat seorang ketua bahagian UMNO berhubung kenyataan Tun mengenai rasuah.
"Polis mengklasifikasikan siasatan itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan IFSEC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Namun, Khalid enggan memberitahu bila Dr Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan.
"Kita akan panggil. Saya pasti anda semua (wartawan) akan tahu nanti," jelasnya.
Ditanya sama ada Dr Mahathir akan mendapat keistimewaan berhubung siasatan itu. Ini jawapan beliau.
"Saya tidak mahu membincangkan perkara itu sekarang. Memang kita akui beliau adalah negarawan dan kita perlu jaga Negarawan sebaiknya," kata beliau.
Bagaimanapun , polis perlu melakukan tindakan susulan atas setiap laporan dibuat.
"Laporan polis telah dibuat dan satu kesalahan berlaku, jadi mengikut Operasi Prosedur Standard, SOP, kita akan lakukan (siasatan) itu," jelas Khalid.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Mahathir Mohamad
#Persidangan IFSEC
#Seksyen 500 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan