Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai bekas perdana menteri dan presiden UMNO, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menteri wilayah persekutuan itu berkata walaupun tindakan Mahathir itu bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada, ia tidak sepatutnya dibuat ketika rakyat sedang meraikan bulan kemerdekaan negara ke-59 ketika ini.
"Sememangnya Tun Mahathir ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatakan bermacam-macam bagi menjayakan hasratnya itu...saya dan kita dengar apa yang dia sebut.
"Saya tidak tahu apa pemikiran dia tetapi kaedah ini tidak sepatutnya berlaku. Kita sepatutnya berganding tangan bersama-sama membangunkan negara dan bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan Program Kayuhan Merdeka Fun Ride 2016 dan Program Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini yang disertai 2,500 peserta.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini berhubung konsep Bangsa Johor di mana bekas perdana menteri itu mendakwa konsep tersebut mempromosikan semangat kenegerian yang hanya akan memecahbelahkan rakyat selain ungkapan tersebut menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.
Berikutan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris membidas Dr Mahathir berhubung kenyataannya dan menyifatkannya jahil dengan sejarah Johor.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata beliau yakin rakyat juga semakin keliru dengan tindakan Dr Mahathir yang sanggup mengaku salah dalam tindakannya mengehadkan kuasa raja-raja apabila mendapati tindakan lampaunya itu tidak memihak kepada kepentingannya ketika ini.
Katanya Mahathir juga sanggup mengaku silap berhubung tindakannya memberi kebebasan kepada internet apabila menyedari keputusan itu kini mengundang pelbagai masalah walaupun semasa pentadbirannya, bekas perdana menteri itulah yang mempengaruhui kabinet supaya meluluskan perkara tersebut.
"Saya pun tidak tahu dengan pemikirannya...jadi, biar dia dengan dunianya tetapi yang penting, kita sebagai kerajaan akan cuba menjaga dan menyelesaikan segala masalah rakyat," katanya.
Bernama
Sun Aug 28 2016
TENGKU ADNAN: Sememangnya Tun Mahathir ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatakan bermacam-macam bagi menjayakan hasratnya itu. -Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.