JOHOR BAHRU: Dr Muhammad Najib Razali melakar sejarah sebagai orang kurang upaya (OKU) pertama yang dilantik oleh Universiti Teknologi Malaysia sebagai Pengarah Harta Tanah di Fakulti Alam Bina dan Ukur di universiti itu, berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Muhammad Najib, 44, akan menyandang jawatan itu, yang diwujudkan pada 1973, untuk tempoh tiga tahun.
"Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan penting untuk golongan OKU bukan sahaja di UTM malah di Malaysia kerana ia membuktikan bahawa golongan OKU mampu berdikari dalam dunia akademik dan profesional.
"Kepercayaan pihak UTM kepada Muhammad Najib untuk mengemudi bidang harta tanah di UTM merupakan suatu pengiktirafan yang tinggi kepada komuniti OKU dalam membuktikan kekurangan dan halangan fizikal tidak membataskan beliau dalam menjalankan kerja- kerja akademik sama seperti ahli akademik yang lain," menurut universiti itu dalam kenyataan semalam.
Muhammad Najib, yang merupakan alumni UTM di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang pengurusan harta tanah, kehilangan kaki kanannya akibat jangkitan bakteria pada 2010 ketika mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah) di Sydney, Australia.
Beliau juga sangat aktif dan sering diundang sebagai penceramah pada persidangan profesional yang menyampaikan input penyelidikan terutama dalam isu pengurusan harta tanah, pelaburan harta tanah serta isu perumahan negara.
Muhammad Najib juga adalah ahli panel pakar dalam Jawatankuasa Koordinator Dana Penyelidikan Harta Tanah (NAPREC), Kementerian Kewangan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Muhammad Najib kehilangan kaki kanan akibat jangkitan bakteria pada 2010 ketika mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah) di Sydney, Australia. - Foto UTM
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh
Sebuah kandang ternakan antara lapan struktur binaan yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia
UTM telah menunjukkan peningkatan cemerlang dengan empat SDG berada pada ranking 100 Teratas: masing-masing SDG 7 (#1), SDG 9 (#39), SDG 4 (#70), adan SDG 16 (#96).
Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan
Kesiapsiagaan bencana alam harus diperkasakan dari peringkat akar umbi termasuk komuniti setempat seperti barisan pengurusan di peringkat ketua kampung dan penghulu.
PRU15: UTM sedia 43 bas bantu penghantaran 1,600 pelajar pulang mengundi
Usaha itu adalah bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.