JEMPOL:Mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban serta Koperal Norihan Tari yang cedera parah dalam insiden tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia - Thailand awal pagi Selasa, dinaikkan pangkat mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu dinaikkan pangkat sarjan secara ‘posthumous’ atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mencadangkan kepada kerajaan bagi menimbangkan untuk memberikan anugerah pingat keberanian kepada kedua-dua wira negara itu.
“Saya telah pun menyampaikan kepada Perdana Menteri mencadangkan supaya mendiang dan juga Koperal Norihan Tari ditimbang untuk diberikan penghargaan lebih tinggi dalam bentuk pingat keberanian.
“Saya telah berbincang dengan pengarah-pengarah (PDRM) tadi, kami (juga) bersetuju untuk menaikkan pangkat mendiang secara ‘posthumous’ kepada sarjan, begitu juga kepada Koperal Norihan yang cedera ini atas sifat keberanian luar biasa,” kata Abdul Hamid kepada wartawan selepas menghadiri proses pengebumian mendiang Koperal Baharuddin di Tanah Perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo, di sini hari ini.
Upacara pengebumian mendiang Koperal Baharuddin dilaksanakan mengikut istiadat polis di kampung halamannya.
BACA: Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
Dalam kejadian pada pagi Selasa, mendiang Koperal Baharuddin, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand terbunuh akibat ditembak manakala rakannya, Koperal Norihan, 39, pula mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Pgerlis.
Polis juga telah menahan reman 18 lelaki termasuk tiga warga thailand antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian itu.
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA: Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 25 2020

Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua anggota PGA itu dinaikkan pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka. - Gambar BERNAMA

Hartanah | Rumah tidak terjual tinggi pada 2020
Permintaan dalam negara bagi hartanah subsale pada 2020 jatuh sebanyak -1.3% tahun atas tahun. Permintaan terhadap kediaman bertingkat tinggi juga menurun seiring dengan harga manakala permintaan terhadap rumah teres kekal positif.

PKP 2.0 | Tiada guna lanjut PKP jika SOP masih sama
Lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara dianggap sebagai tidak relevan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) sama masih dikekalkan. Rata-rata mereka yang ditemui astro awani mahu penguatkuasaan SOP yang lebih tegas bagi memastikan jumlah kes COVID-19 berjaya dikurangkan.

Maklumat kesihatan | Beri penerangan kepada penduduk luar bandar
Sikap belum bersedia untuk mengamal dan mempraktikkan langkah pencegahan COVID-19 antara faktor peningkatan kes di kawasan pedalaman. Justeru langkah terbaik dan drastik perlu dilakukan bagi memberi kesedaran. Walaupun sukar, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS, Prof Madya Dr Helmy Hazmi, perubahan maklumat kesihatan mampu ubah sikap golongan itu.

COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
Sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 191,114 kes.

Rasuah | 101 pertuduhan lagi libatkan Koperal Polis Marin
Selepas didakwa 43 pertuduhan rasuah pada Selasa, seorang anggota Polis Marin didakwa di atas 101 lagi tuduhan rasuah melibatkan lebih RM243,000 di Mahkamah Seksyen Ipoh, pada Rabu. Tertuduh, Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indera Nehru.

PKP 2.0 | Melaka benar solat Jumaat, fardu sehingga 500 jemaah
Kerajaan negeri Melaka membenarkan pelaksanaan Solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu berjalan seperti biasa dengan kehadiran sehingga 500 jemaah bermula esok. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, aktiviti kuliah Maghrib dan bacaan Yassin selepas Maghrib pada setiap Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di negeri ini.

WEF: Sektor swasta pacu pelaburan tenaga bersih - Mustapa
Sektor swasta akan menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam merealisasikan inisiatif itu.

Program Subsidi Upah tidak cukup? Ini jawapan Tengku Zafrul...
Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta lagi disalurkan bagi PSU 3.0, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1.5 bilion.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

Dua anggota PGA yang ditembak dinaikkan pangkat sarjan - KPN
Kedua-dua anggota PGA itu dinaikkan pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka.