awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amnesty International desak UK jangan tarik balik sekatan lesen eksport senjata ke Israel
AstroBIZ: X Society manfaatkan Astro BizOne di tengah kesibukan kota
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis maut kemalangan jalan raya

Adam Darwish
Adam Darwish
29/10/2022
05:31 MYT
Dua anggota polis maut kemalangan jalan raya
Kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi tadi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala. - Sumber foto PDRM
KOTA BHARU: Dua anggota polis daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) yang berpangkalan di Pengkalan Chepa maut dalam kemalangan awal pagi, Sabtu.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Lans Koperal Jerry Layong Anak Nyalin, 32, dan Koperal Juna Anak Jembat, 39.
Ketua Polis Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi tadi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Beliau berkata kedua-dua mangsa bertugas di Batalion 8 PGA yang berpangkalan di Kem Pengkalan Chepa di sini.
"Berdasarkan maklumat kenderaan jenis Perodua MyVi yang dinaiki mangsa telah melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.
"Pemandu dan penumpang kereta maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Semasa kejadian keadaan jalanraya tidak sesak, lurus dan basah," katanya.
mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Wad Forensik Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#anggota polis dari PGA8
#Lans Koperal Jerry Layong Anak Nyalin
#Koperal Juna Anak Jembat
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan