IPOH: Dua buah bas melibatkan laluan Tapah-Bidor-Sungkai akan beroperasi secara interim atau sementara mulai esok bagi menyelesaikan masalah kehadiran pelajar ke sekolah di kawasan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memberi kebenaran kepada Perak Transit untuk beroperasi mulai 1 Nov menerusi anak syarikatnya The Combined Bus Sdn Bhd sebagai operator.
Operasi itu merangkumi 25 hentian dari Terminal Bas Tapah hingga Terminal Bas Sungkai, katanya.
"Peringkat interim dahulu supaya kita (boleh) tengok laluan itu boleh tak kita tangani... mana-mana sekolah yang ada di antara laluan itu, harap dapat kita selesaikan masalah kedatangan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata jika berjalan lancar, operasi itu akan dilanjutkan ke peringkat kedua melibatkan tiga lagi lokasi iaitu Manjung, Sungai Siput dan Kamunting.
Nizar berkata perkhidmatan bas berkapasiti 28 penumpang itu akan diteruskan malah ditambah baik sekiranya didapati berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.
Pada 22 Okt, Bernama melaporkan ketiadaan perkhidmatan bas di sekitar Bidor sejak beberapa bulan lepas telah menyebabkan kehadiran pelajar ke sekolah terjejas.
Menurut Nizar masalah itu bermula Mei lepas apabila syarikat Hup Yik Omnibus Co. Sdn Bhd menghentikan perkhidmatan bas kerana masalah kewangan dan aduan rasmi mengenai perkara itu hanya diterima pihaknya awal bulan ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Perak Transit William Lai berkata pihaknya bersedia menambah baik perkhidmatan bas berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya hanya menerima wang tunai bagi bayaran tambang antara 90 sen hingga RM3.20.
Kod QR untuk bayaran tanpa tunai katanya dijangka diperkenalkan pertengahan November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
![Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683361573_TBdunperak.jpg)
Mohammad Nizar (berdiri) berkata APAD telah memberi kebenaran kepada Perak Transit untuk beroperasi mulai 1 Nov menerusi anak syarikatnya The Combined Bus Sdn Bhd sebagai operator. -Gambar fail
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679948_MohammadNizarJamal.jpg)
Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Operasi Pembenihan Awan bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan MetMalaysia.
![Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662039260_watertap.jpg)
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.
![2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina 2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699847419_Alirantrafik.jpg)
2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina
Lebih 2.5 juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan Persekutuan menjelang Tahun Baharu Cina ini.
![Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640518206_MonsunTimurLaut.jpg)
Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco
Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.
![Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683361573_TBdunperak.jpg)
Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco
Operasi itu merangkumi 25 hentian dari Terminal Bas Tapah hingga Terminal Bas Sungkai.
![Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695675253_JalanDitutup.jpg)
Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
![Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694492646_tbMohammadNizar.jpg)
Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi
Kata Mohammad Nizar, ia bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur di Perak.
![RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521553184_lampujalan.jpg)
RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut
Proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.
![Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672112459_TBdunperak.jpg)
Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir
Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir
![Mahkamah Persekutuan perlu putuskan isu perlembagaan kuasa TYT singkir Ketua Menteri Mahkamah Persekutuan perlu putuskan isu perlembagaan kuasa TYT singkir Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597636248_mahkamah.jpg)
Mahkamah Persekutuan perlu putuskan isu perlembagaan kuasa TYT singkir Ketua Menteri
Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata merit rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu didengar demi kepentingan awam dan bukannya ditolak sebagai bersifat akademik.