awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri

Bernama
Bernama
05/01/2025
06:00 MYT
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Menurut SSM, pembayaran bonus telah dibuat bersekali dengan pembayaran gaji pada 30 Jan 2018.
KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan mesyuarat agung.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dalam kenyataan hari ini memaklumkan Teo Tzi Sin dan Wong Poh Wah, dituduh di bawah seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pengarah syarikat untuk manfaat kepada diri sendiri.
Menurut SSM, pembayaran bonus telah dibuat bersekali dengan pembayaran gaji pada 30 Jan 2018.
Teo dan Wong sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, namun telah menukar pengakuan pada 13 Dis lepas. Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 20 Dis untuk mendengar fakta kes dan menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM Nurul 'Ain Shafie dan Nurul Nabila Azmi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ong Weng Li.
Teo dan Wong telah menjelaskan bayaran denda sejurus selepas prosiding selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSM
#pengarah syarikat
#bonus diri sendiri
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan