awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas pengarah syarikat didakwa tipu urusan pelaburan minyak diesel

Bernama
Bernama
20/02/2025
09:05 MYT
Dua bekas pengarah syarikat didakwa tipu urusan pelaburan minyak diesel
Mereka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara serta sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan serta perdagangan minyak, gas dan petroleum mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam pelaburan perniagaan jual beli minyak diesel, tahun lepas.
Shamsul Rijal Mohd Yussof dan Ahmad Ghazali Md Kassim, masing-masing berusia 73 tahun, didakwa menipu Afifi Ahmad, 48, dengan memperdayakannya untuk melabur dalam perniagaan jual beli minyak diesel dengan menjanjikan keuntungan sebanyak RM1.5 juta.
Perbuatan itu mendorong mangsa membuat transaksi pindahan wang RM752,000 ke dalam akaun bank milik tertuduh yang didaftarkan atas nama Syarikat Spectrum Global Sdn Bhd di sebuah bank di Brickfields di sini pada 26 Feb 2024.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff mencadangkan jaminan RM50,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Peguam Ahmad Hafiz A Bakar yang mewakili Ahmad Ghazali memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga serta masalah kesihatan manakala Shamsul Rijal yang tidak diwakili peguam turut memohon jaminan rendah atas alasan sama.
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas pengarah syarikat
#didakwa menipu
#pelaburan minyak diesel
#Shamsul Rijal Mohd Yussof
#Ahmad Ghazali Md Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan