awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah

Aida Aziz
Aida Aziz
05/10/2023
08:38 MYT
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. - Gambar/ FB Nurulhidayah Ahmad Zahid
HUTAN MELINTANG: Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh itu mengakibatkan Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kemalangan maut itu melibatkan motosikal Modenas Kriss dan kereta Perodua Viva.
"Kemalangan itu menyebabkan dua pelajar sekolah yang juga adik beradik telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu Perodua Viva cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Adnan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang, manakala pemandu kereta dari arah bertentangan.
"Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta di laluan bertentangan.
"Siasatan kemalangan jalan raya itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis turut mengambil keterangan dari wanita yang memandu Perodua Viva itu," katanya.
Dalam pada itu katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.
Tambahnya, saksi bebas atau mereka yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka atau kamera litar tertutup, boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Insp. Muhammad Hanif Ghazali di talian 013- 8211978 atau 05-612 2222 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#pelajar sekolah
#Bagan Datuk
#dua beradik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan