awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak antara lima ditahan disyaki terlibat sindiket dadah

Bernama
Bernama
02/09/2024
09:04 MYT
Dua beranak antara lima ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat (tiga, kanan) menunjukkan senjata api yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah itu, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Ibu dan anak antara lima individu ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan dadah bernilai RM157,964 dalam serbuan di sekitar daerah ini pada 27 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 39 hingga 69 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Taman Pelangi, di sini polis menemukan 4,925 gram syabu, 2.8 gram ganja dan 1.4 gram ketamin serta sepucuk senjata api palsu dan 33 butir peluru kapur yang dipercayai dibeli menerusi dalam talian.
"Turut dirampas, dua kereta dan wang tunai RM1,385 manakala modus operandi ialah dengan menjadikan pangsapuri berkenaan sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedar di pasaran tempatan.
"Bagaimanapun, polis sedang menyiasat dari mana bekalan dadah itu diperoleh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai lepas itu didalangi seorang lelaki berusia 37 tahun.
Raub berkata hasil saringan air kencing mendapati tiga lelaki dan seorang wanita itu positif terhadap methamphetamine manakala hasil semakan mendapati kesemua yang ditahan mempunyai rekod kegiatan jenayah dan dadah, keseluruhannya melibatkan 47 rekod.
Beliau berkata kesemua individu itu disambung reman enam hari bermula hari ini selepas tempoh reman selama seminggu bermula 27 Ogos lepas tamat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu dan anak ditahan
#sindiket pengedaran dadah
#Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
#Raub Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan