awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera dalam kemalangan libat 14 kenderaan di BKE

Bernama
Bernama
05/05/2025
09:21 MYT
Dua cedera dalam kemalangan libat 14 kenderaan di BKE
12 kereta dan dua motosikal terlibat, namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa tersepit dalam kemalangan tersebut. - X @llmtrafik
BUKIT MERTAJAM: Dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan 14 kenderaan di Kilometer 12 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menghala Seberang Jaya di sini hari ini yang turut menyebabkan kesesakan teruk.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.14 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
"Sebaik tiba, bomba mendapati 12 kereta dan dua motosikal terlibat dalam kemalangan itu. Tiada kemalangan jiwa atau mangsa tersepit dalam kemalangan tersebut.
"Namun dua penunggang motosikal warga tempatan dilaporkan cedera ringan dan mereka diberikan rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan deretan kereta yang terlibat dalam kemalangan di BKE hingga menyebabkan kesesakan teruk lebih lima kilometer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lebuh raya
#BKE
#butterworth-kulim
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan