KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai syarikat Jalatama Management Sdn Bhd. (Jalatama), masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen.
Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh masing-masing berusia 47 tahun, Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong, didapati bersalah menjalankan urus niaga dalam derivatif tanpa dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
SC, dalam kenyataan, memaklumkan tertuduh, didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 58 (1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dibaca bersama Seksyen 367(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai 2011 hinga September 2013.
"Setiap tertuduh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM1 juta (penjara satu tahun tambahan secara serta-merta) bagi setiap satu daripada dua pertuduhan.
"Mahkamah telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi setiap tertuduh dijalankan secara serentak," menurut kenyataan itu.
SC mengingatkan orang ramai bahawa berurus niaga dalam derivatif adalah aktiviti terkawal dan ia memerlukan lesen daripada suruhanjaya berkenaan di bawah CMSA.
SC menasihatkan pelabur untuk mengesahkan lesen atau maklumat pendaftaran individu, syarikat dan platform yang menawarkan perkhidmatan atau produk pasaran modal sebelum memutuskan peluang pelaburan.
"Mereka juga harus menyemak Senarai Makluman Pelabur SC yang sentiasa dikemas kini untuk memberi amaran kepada pelabur tentang syarikat atau individu yang dikenal pasti menjalankan aktiviti atau penipuan pelaburan tidak berlesen," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Dua bekas pegawai syarikat Jalatama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen. - Gambar hiasan
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Dua didenda RM2 juta, penjara setahun menjalakan urus niaga derivatif tanpa lesen
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai 2011 hinga September 2013.