awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu dilaporkan maut kereta terbakar di Jalan Pekan Darat

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2025
04:30 MYT
Dua individu dilaporkan maut kereta terbakar di Jalan Pekan Darat
https://www.sinarharian.com.my/article/750844/berita/semasa/dua-individu-dilaporkan-maut-kereta-terbakar-di-jalan-pekan-darat. - Sinar Harian
BUTTERWORTH: Dua individu dilaporkan maut selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan di sini, dalam kejadian pada pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Dua individu maut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Pekan Darat menuju ke Sungai Lokan, pagi Sabtu.
  • Identiti mangsa belum dikenal pasti, dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh JBPM Pulau Pinang.
  • Video kejadian tular di media sosial, namun maklumat rasmi penuh akan dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi JBPM dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta, namun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
“Terdapat dua mangsa yang rentung dalam kejadian itu.
“Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Terdahulu, tular satu rakaman video di laman Facebook yang memaparkan kejadian sebuah kereta terbakar di bahu jalan.
Menerusi keterangan video yang dimuat naik, dinyatakan bahawa kemalangan maut itu membabitkan tiga orang mangsa dalam kereta terbabit.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut diterima mengenai status mangsa yang terlibat.
Pusat Gerakan Operasi JBPM dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemalangan itu dalam masa terdekat. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dua maut
#rentung
#Jalan Pekan Darat
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan