AMPANG: Bekas penyampai dan pengulas sukan di RTM dan TV3, Jalil Mat Dom kini terlantar keuzuran dan sukar untuk bergerak seperti sedia kala selepas diserang angin ahmar.
Ketika ditemui di kediamannya di Pangsapuri PKNS di sini keadaan sosok yang pernah popular dalam dunia pengacaraan sukan tanah air sekitar 90-an itu cukup berbeza.
Jelasnya kali pertama dia diserang angin ahmar adalah pada 2015 sebelum mengalaminya buat kali kedua tahun lalu.
Ia menyebabkan Jalil tidak lagi mampu bangun dan berjalan seperti sebelumnya selepas serangan tersebut.
Malangnya keadaan itu bertambah buruk dan lebih sukar buatnya apabila tulang pinggulnya pula patah selepas terjatuh di rumahnya baru-baru ini.
"Keadaan lebih sukar bila saya terjatuh baru-baru ini ketika cuba berjalan menggunakan tongkat di rumah. Lepas tulang pinggul patah ni memang tak bergeraklah melainkan terpaksa guna kerusi roda untuk ke mana-mana," katanya yang kini sudah mencecah usia 61 tahun.
Jalil yang mengakui masih merindukan dunia sukan tanah air bagaimanapun reda dengan segala ujian yang ditakdirkan buatnya ketika ini dan menganggapnya ada hikmah tersendiri.
Jalil kini dijaga sepenuhnya oleh ahli keluarga dalam menguruskan segala keperluan hariannya ketika ini selain turut mendapatkan rawatan susulan di pusat perubatan berhampiran kediamannya.
Nasib yang menimpa anak kelahiran Perak itu turut mendapat perhatian Persatuan Penyiar Muda Malaysia yang mengambil inisiatif mengunjunginya.
Menurut Presidennya Ahmad Faisal Md Piah, keadaan dan kesukaran Jalil yang juga merupakan rakan seperjuangan dalam industri penyiaran ketika ini cukup menginsafkan.
Jelasnya, mengenali Jalil ketika di era 90-an merupakan seorang yang sangat ceria, aktif dan ramah menyebabkan rakan taulan dan orang sekelilingnya sangat menyenanginya.
Malah katanya, Jalil juga bukan sahaja hanya penyampai sukan malah seorang editor dan guru yang baik kepada rakan-rakan yang lain.
"Malah dia juga seorang rakan sangat perihatin dan mengambil berat pada kawan-kawan. Dia seorang yang pemurah dan tidak lokek bantu orang.
"Hari ni kita cubalah bantu mana yang mampu untuk ringankan sedikit bebanan beliau untuk tampung sedikit sebanyak mana yang boleh," katanya yang memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan keperluan harian ketika berkunjung di kediaman Jalil baru-baru ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun May 29 2022
Ahmad Faisal (kiri) tekun mendengar luahan bekas pengulas sukan Jalil Mat Dom sewaktu mengunjunginya di kediamannya bar-baru ini. - Foto Astro AWANI
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Dua kali diserang angin ahmar, bekas pengulas sukan Jalil Mat Dom kini uzur
Jalil Mat Dom kini terlantar keuzuran dan sukar untuk bergerak seperti sedia kala selepas diserang angin ahmar.