Skip to main content

Malaysia

Dua koperal tentera direman bantu siasatan kes pukul

Dua anggota tentera berpangkat koperal direman selama tiga hari bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain.
Dua anggota tentera berpangkat koperal direman selama tiga hari bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain. - Foto Sinar Harian

SUNGAI PETANI: Dua anggota tentera berpangkat koperal direman selama tiga hari bagi membantu siasatan membabitkan kes pukul hingga mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota lain.

Perintah reman terhadap dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Advertisement

Difahamkan, kejadian berlaku pada 5 Mac lalu kira-kira jam 10 malam di sebuah bilik penginapan, sebuah kem di sini.

Dalam kejadian tersebut, dua mangsa berusia 21 dan 24 tahun dipercayai dipukul sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan mangsa dilaporkan mengalami lebam keterlaluan dan cedera di bahagian belakang badan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video