awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Sekatan akses Grok langkah tepat, pihak berkuasa lebih 'bertaring' - Pakar undang-undang
Pemutihan sekolah agama swasta dipergiat, pastikan aspek keselamatan - MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi ditahan kes kematian dua anggota TLDM

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/10/2017
04:26 MYT
Dua lagi ditahan kes kematian dua anggota TLDM
Dua lagi anggota TLDM ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas. - Gambar fail
Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.
Penahanan itu menjadikan lima anggota ditahan setakat ini ekoran kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.
Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Hasnan Hassan mengesahkan, seorang lagi mangsa berumur 30-an, turut dirawat di Hospital Manjung kerana mengalami kecederaan yang hampir sama dengan dua anggota yang meninggal dunia.
“Kita sedang membuat siasatan forensik pada hari ini dan kita akan membuat juga siasatan forensik terhadap kamera CCTV yang kita rampas.
“Pasukan daripada Bukit Aman bersama-sama sedang membantu dan menjalankan siasatan bersama-sama dengan JSJ Perak,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di di sini pada Isnin.
Pada Ahad, Mahkamah Majistret Manjung mengenakan tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga anggota TLDM bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lepas.
Hasnan memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan dengan rapi dan teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapakah pelaku tersebut.
Topic Berkaitan
#anggota
#bilik tahanan
#dera
#maut
#Sungai Wangi
#suspek
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan