awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya

Aida Aziz
Aida Aziz
22/03/2024
00:00 MYT
Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya
Anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan. - Foto JBPM
KUALA KANGSAR: Dua lelaki cedera tersepit setelah lori muatan ais kiub yang dinaiki mereka terbabas di kilometer (KM) 251.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 2.11 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu Meru Raya dikejarkan ke lokasi.
"Terdapat dua mangsa dari lori tersebut, seorang cedera di kaki dan seorang lagi cedera ringan.
"Anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan.
"Seorang mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia manakala seorang lagi dibawa ke hospital di Ipoh menggunakan EMRS Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Seramai 18 orang anggota bomba terbabit dalam operasi menyelamat tersebut yang berakhir pada 3.29 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#dua cedera tersepit
#lori ais kiub terbabas
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan