awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki diberkas, dadah bernilai RM21,200 dirampas

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2021
21:45 MYT
Dua lelaki diberkas, dadah bernilai RM21,200 dirampas
Dadah serta barangan yang dirampas susulan penahanan dua lelaki di tepi Jalan Kuchai Lama, Kuchai Entrepreneurs Park pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di tepi Jalan Kuchai Lama, Kuchai Entrepreneurs Park di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 9.45 malam.
"Hasil pemeriksaan, kita merampas lapan peket plastik mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 212 gram yang bernilai RM21,200 dan wang tunai RM100," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Amihizam berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
"Hasil semakan mendapati kedua-kedua suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik," ujarnya.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#ujian saringan
#methamphetamine
#Kuchai Entrepreneurs Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan