awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki direman bantu siasatan cubaan samun, bunuh di Kuala Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/03/2024
09:39 MYT
Dua lelaki direman bantu siasatan cubaan samun, bunuh di Kuala Kedah
Pegawai dan anggota Jabatan Forensik IPK Kedah melakukan siasatan di lokasi suspek pertama yang dilanggar dalam cubaan samun dan bunuh di Kuala Kedah, Selasa lalu. -Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki yang juga rakan suspek yang maut dalam cubaan samun dan bunuh di sebuah farmasi di Kuala Kedah, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek pertama ditahan di sebuah premis di Mergong, di sini, pada 19 Mac lalu.
“Kita telah memperoleh reman selama empat hari bermula 20 hingga 23 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek kedua yang juga rakan suspek yang turut sama dalam kejadian itu ditahan di sebuah premis di Jitra pada hari sama,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Ahmad Shukri berkata, tempoh reman suspek kedua ini diperoleh enam hari bermula 20 hingga 25 Mac.
Penahanan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Selasa lalu Astro AWANI melaporkan seorang lelaki yang juga suspek dalam kejadian cubaan samun dan bunuh maut dilanggar oleh kereta mangsa.
Dalam insiden itu, salah seorang suspek telah memukul cermin hadapan kereta mangsa sehingga pecah menggunakan sebatang objek.
Akibat ketakutan, mangsa terus memecut keretanya dan ketika cuba melepaskan diri, mangsa telah melanggar motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.
Dua lagi rakan suspek berjaya melarikan diri.
Topic Berkaitan
#cubaan samun dan bunuh
#farmasi
#Kuala Kedah
#langgar motosikal suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan