SANDAKAN: Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Mohd Hamizi Halim berkata kedua-duanya yang berusia 19 dan 35 tahun ditahan di Taman Sejati, di sini susulan aduan daripada seorang mangsa yang mendakwa pintu pagar rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, di sini disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas.
"Hasil siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang (along) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa.
"Pemberi pinjaman wang itu telah mengupah suspek untuk melakukan jenayah ini. Suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lepas dengan menumpukan mangsa di sekitar Sandakan dan Lahad Datu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Hamizi berkata semakan rekod jenayah mendapati suspek berusia 35 tahun berkenaan memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata kedua-duanya direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Dengan kejayaan tangkapan tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes dipercayai dilakukan oleh suspek di Sandakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Mohd Hamizi berkata, suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lepas dengan menumpukan mangsa di sekitar Sandakan dan Lahad Datu. - Gambar fail

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang
Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.

Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam
Kumpulan itu menakutkan peminjam culas dengan melakukan perbuatan khianat dengan api serta menyimbah cat di kediaman peminjam terbabit.

Dua Ah Long mengaku tidak bersalah kurung peminjam
Kedua-dua tertuduh didakwa mengurung mangsa dengan tujuan agar mangsa membayar semula wang pinjaman.

Empat rakan didakwa simbah cat merah, ugut peminjam wang 'ah long'
Mangsa yang terdiri daripada 11 peminjam wang telah diugut, dikurung dan dilakukan perbuatan khianat.

Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan
Tangkapan dibuat susulan menerima dua laporan daripada mangsa yang berada dalam ketakutan.

Polis tahan pengutip hutang ugut peminjam wang
Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan bahawa suspek mengugut peminjam agar melunaskan hutang melalui pesanan Whatsapp pada 14 Dis lepas.