awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Pemimpin Bersatu sertai DAP? - 'Sila ikut prosedur' - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan muat naik hantaran berunsur ugutan terhadap PM, kerajaan

Bernama
Bernama
07/09/2025
21:30 MYT
Dua lelaki ditahan muat naik hantaran berunsur ugutan terhadap PM, kerajaan
Datuk M Kumar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berumur 44 dan 45 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur ugutan jenayah, hasutan serta dakwaan tidak benar terhadap kerajaan dan Perdana Menteri melalui media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki berumur 45 tahun yang disyaki membuat satu hantaran menerusi akaun TikTok bernama Mohd Soie (@mohd.soie3) yang mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap kerajaan.
"Tangkapan seterusnya melibatkan seorang lagi lelaki berumur 44 tahun, yang disyaki membuat satu komen berunsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia menggunakan akaun Facebook Mdjohan Ngadin," katanya dalam kenyataan semalam.
Kedua-dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kumar berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja membuat, memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan berunsur hasutan, ugutan jenayah, berita palsu atau apa-apa kandungan yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#M Kumar
#TikTok
#ugutan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan