awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lemas semasa mencari kepah

Bernama
Bernama
11/07/2023
05:00 MYT
Dua lemas semasa mencari kepah
Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah malam, melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri. - Gambar hiasan
KUCHING: Dua lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mencari kepah di pantai Esplanade Buntal, Kampung Buntal di sini, tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa pertama Mohamad Amin Umar, 39, ditemukan pada pukul 3.30 pagi manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, dijumpai pada pukul 3.42 pagi.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah malam, melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri.
"Bomba telah membuat pemantauan dan mencari dalam radius 100 meter di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri lemas. Mangsa pertama telah dijumpai penduduk kampung pada 3.30 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa kedua dijumpai anggota pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada 3.42 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#cari kepah
#Kuching
#pantai Esplanade Buntal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan