awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua masjid dipilih sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga - Rina

Bernama
Bernama
07/04/2021
20:41 MYT
Dua masjid dipilih sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga - Rina
Rina berkata pengurusan masjid dan surau diharap dapat menjadi ejen penyampai inisiatif bantuan kerajaan kepada kariah kawasan masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua masjid dipilih untuk projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata kementerian itu menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melaksanakan projek rintis berkenaan di Masjid Al-Ghufran di Taman Tun Dr Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Dalam projek ini, masjid akan menerima dan memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan menyediakan bilik asrama yang sedia ada di masjid, keperluan asas diri, dan makan minum sepanjang berlindung di masjid.
"Saya berharap projek rintis ini akan berjaya dan boleh disebar luas ke seluruh Malaysia, agar nasib wanita-wanita yang teraniaya ini dapat terbela dan dilindungi," katanya pada Program Malaysia Prihatin Penyampaian Sumbangan Imarah Ramadan Masjid-masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Titiwangsa di sini.
Rina berkata pengurusan masjid dan surau diharap dapat menjadi ejen penyampai inisiatif bantuan kerajaan kepada kariah kawasan masing-masing.
Sebanyak tujuh masjid, 17 surau dan empat NGO kawasan parlimen itu turut menerima sumbangan wang tunai pada majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rina Mohd Harun
#keganasan rumah tangga
#kerajaan
#NGO
#mangsa
#masjid
#surau
#bantuan
#projek rintis
#Program Masjid Santuni Masyarakat
#perlindungan
#wanita teraniaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan