awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dihempap pokok tumbang di Segambut Dalam

Bernama
Bernama
01/07/2014
23:37 MYT
Dua maut dihempap pokok tumbang di Segambut Dalam
BOMBA: Kedua-dua mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam semeter dan dibawa arus deras sejauh 50 meter
Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dihempap sebatang pokok di Jalan Segambut Dalam, Mont Kiara pada Selasa.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas K. Muggunthan berkata kejadian berlaku 6.30 petang ketika hujan lebat.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Radzuan Mohamed, 34, dan Mohd Khairi Abdul Rahim, 30-an, maut di tempat kejadian, katanya.
Menurutnya kedua-dua mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam semeter dan dibawa arus deras sejauh 50 meter dari tempat kejadian.
"Mayat mereka ditemui tersangkut pada timbunan kayu dan sampah-sarap di dalam longkang berkenaan," katanya.
Kedua-duanya mengalami kecederaan parah pada kepala dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya.
Sementara itu Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan menerima laporan kejadian.
Topic Berkaitan
#bomba
#hujan
#kemalangan
#pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan