awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, empat cedera SUV terjunam dalam gaung

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2022
15:51 MYT
Dua maut, empat cedera SUV terjunam dalam gaung
Dalam kejadian itu, mangsa yang maut masing-masing berusia lingkungan 30 tahun ialah pemandu dan penumpang Toyota Fortuner berkenaan. - Gambar/ JBPM
LAHAD DATU: Dua lelaki maut manakala empat cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner mereka terbabas ke gaung sedalam 48 meter di Jalan Silam, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang maut masing-masing berusia lingkungan 30 tahun ialah pemandu dan penumpang Toyota Fortuner berkenaan.
Mangsa yang cedera pula adalah remaja lelaki berusia 18 tahun dan tiga lagi mangsa wanita belum dapat dikenal pasti identiti mereka.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 6.20 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian.
"Ketika anggota tiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan Toyota Fortuner terbabas sendiri ke gaung sedalam 48 meter.
"Terdapat enam mangsa iaitu tiga lelaki dan tiga wanita. Tiga wanita yang cedera dibawa oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
"Dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lelaki cedera di kaki," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans KKM.
"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada 7.18 malam tadi," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Lahad Datu
#gaung
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan