awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kereta terjunam dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/06/2020
03:31 MYT
Dua maut kereta terjunam dalam sungai
Dua mayat ditemukan di dalam kereta yang terjunam di Sungai Megat Dewa malam tadi. -Foto Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Penemuan kereta Proton Saga FLX di Sungai Megat Dewa, di sini, malam tadi dipercayai dapat merungkai misteri kehilangan seorang lelaki sejak seminggu lalu.
Kereta itu disahkan milik lelaki yang hilang berdasarkan nombor pendaftaran pada kenderaan itu.
Namun penemuan dua mayat menimbulkan persoalan baharu apabila identiti mayat wanita yang berada di sebelah lelaki itu belum dapat dikenal pasti kerana kesukaran untuk mengecam ekoran keadaannya yang berbau dan bercampur dengan lumpur.
Bapa angkat mangsa, Fazil Abu, 52, berkata dia pasti kereta itu adalah milik anak angkatnya berusia 31 tahun yang gagal dikesan sehingga hari ini kerana ia sering digunakan mangsa.
Katanya, isteri anak angkatnya juga sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya sebelum ini.
Fazil berkata dia hanya mengetahui tentang penemuan kereta milik anak angkatnya itu melalui laman sosial Facebook selepas dihubungi anaknya di Johor.
Katanya, berikutan itu dia dan isteri Siti Aisyah Had, 45, bergegas ke lokasi untuk proses pengecaman mayat.
"Yang (mayat) perempuan tak kenal. Rasanya 'conform'lah, yang lain tak pasti.
"Yang pasti, kereta itu kita cam, hilang pada hari Jumaat.
"Memang kami cuba hubungi (mangsa) tapi tak dapat. Kali terakhir telefon pukul 9 malam hari Jumaat," kata Fazil.
Fazil berkata dia reda dengan apa yang berlaku dan berharap tiada pihak membuat spekulasi dan membiarkan polis menjalankan siasatan.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hampir empat jam di lokasi untuk menaikkan kereta itu dari sungai melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Komander Operasi BBP Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata kereta itu akhirnya berjaya ditarik ke tebing sungai dengan bantuan dua kereta penunda.
Beliau berkata, mayat pertama ditemukan jam 12.45 malam manakala mayat kedua ditemukan jam 1.20 pagi di dalam kereta berkenaan.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Fazil Abu
#Proton Saga FLX
#rungkai misteri kehilangan lelaki
#Siti Aisyah Had
#Sungai Megat Dewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan