SEGAMAT: Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan berhampiran Jalan Kampung Melayu Raya, di sini, jam 8.29 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Marzuki Ismail berkata, mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Ford Fiesta masing-masing berusia 19 dan 20 tahun.
Katanya setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati berlaku nahas jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Ford Fiesta dan sebuah kereta Mitsubishi Storm serta sebuah Motosikal.
"Difahamkan kenderaan mangsa dari arah Labis ke Segamat bertembung dengan kenderaan dari arah Segamat ke Felda Radong.
"Terdapat empat mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. PKO bertindak mengeluarkan dua mangsa tersepit di dalam kereta dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Mangsa yang cedera ialah pemandu Mitsubishi Storm dan penunggang motosikal. Mangsa cedera dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Oct 27 2021
PKO bertindak mengeluarkan dua mangsa tersepit di dalam kereta dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan JBPM
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan untuk menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), membabitkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan berkenaan.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
Banjir di Johor pulih, PPS terakhir di Segamat ditutup
Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir beroperasi di daerah Segamat, ditutup petang ini.
Lelaki maut disengat tebuan tanah
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis.
Blok asrama perempuan pula terbakar, 30 pelajar selamat
Selepas tiga bulan blok bangunan asrama lelaki di SMK Seri Kenangan Batu Anam, Segamat musnah dalam kebakaran, kejadian yang sama berulang.
Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Segamat
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Solat jenazah enam beranak diimamkan anak sulung
Jenazah enam beranak itu diimamkan sendiri oleh anak sulung mereka, Abdul Rahman Amir Ruddin,19, yang turut disertai kira-kira 500 jemaah.
Polis sahkan enam sekeluarga maut di Segamat
Mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri berusia 46 dan 43 tahun serta empat anak mereka berusia 5, 10, 13 dan 17 tahun.
Anak maut, ibu patah kaki dalam nahas bas dan lori tangki
Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Segamat pada Sabtu.
Blok asrama SMK Seri Kenangan di Segamat terbakar
Sebuah blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi.
Segamat masih catat IPU tidak sihat, Petaling Jaya beransur pulih
Daerah Segamat masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Dua budak lelaki lemas ketika mandi sungai
Dua budak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Pulau Jering, Kampung Bukit Tunggal di Segamat pada Jumaat.