awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat jenazah enam beranak diimamkan anak sulung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/09/2023
08:00 MYT
Solat jenazah enam beranak diimamkan anak sulung
Abdul Rahman (depan) mengimamkan solat jenazah ibu bapanya serta adik-adiknya. - Gambar/ Sinar Harian
MUAR: Suasana penuh emosi menyelubungi Masjid Ubudiyyah, Parit Limbong, Muar ketika solat jenazah pasangan imam dan guru agama yang maut bersama empat anak mereka di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, semalam.
Jenazah enam beranak itu diimamkan sendiri oleh anak sulung mereka, Abdul Rahman Amir Ruddin,19, yang turut disertai kira-kira 500 jemaah.
Abdul Rahman yang juga merupakan seorang bilal dilihat beberapa kali menyeka air mata sebelum mengimamkan solat jenazah berkenaan.
BACA: Enam beranak maut, perkahwinan adik bongsu jadi pertemuan terakhir
Jenazah enam beranak itu tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan menaiki enam van jenazah berasingan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Segamat.
Pada Jumaat, Amir Ruddin Ismail,46, bersama isteri Norahimah Noor Muhammad, 43, dan empat anak mereka maut dalam kemalangan selepas kenderaan jenis Perodua Alza dinaiki mereka dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Pasangan suami isteri itu bersama tiga anak mereka Fatimahtulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13, dan Rufaidatul Asyariyah,10, maut dilokasi kejadian manakala Muhammad Assyakrawi,5, disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu, seorang lagi anak mereka Abdullah,15 tahun pula parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat akibat kecederaan parah di bahagian kepala,usus dan paru-paru.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#enam beranak
#Segamat
#solat jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan