awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang parah motosikal bertembung di Sekinchan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2025
00:50 MYT
Dua maut, seorang parah motosikal bertembung di Sekinchan
Keadaan di lokasi kejadian di Jalan Tali Air 5, Sekinchan, susulan kemalangan membabitkan dua motosikal malam tadi. - Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Dua penunggang motosikal maut manakala seorang wanita warga asing parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Tali Air 5, Sekinchan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 malam membabitkan motosikal ditunggang seorang lelaki tempatan dan motosikal yang ditunggang warga asing.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dari arah pekan Sekinchan tiba di lokasi dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal.
“Kedua-dua penunggang motosikal itu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dan seorang lelaki warga asing lingkungan usia 20-an, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seorang pembonceng wanita warga asing berusia 35 tahun pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan lanjut.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Sehubungan itu, orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Siti Atikah Md Ali di talian 013-9322012. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sekinchan
#warga asing
#penunggang motosikal maut
#nahas jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami