awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, tiga parah nahas di Jeli - Polis

Bernama
Bernama
30/04/2022
04:43 MYT
Dua maut, tiga parah nahas di Jeli - Polis
Proton Wira yang dipandu Muhamad Baijuri dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. - Foto Sinar Harian.
KOTA BHARU: Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Shuhaimi Jusoh berkata kedua-dua mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian terdiri daripada pemandu kereta Perodua Alza, Mohd Hazlan Ibrahim @ Saleh, 33, dan pemandu Proton Wira, Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26.
Beliau berkata tiga lagi yang parah adalah penumpang Perodua Alza iaitu seorang wanita berusia 31, dua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun, manakala seorang kanak-kanak berusia satu tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Proton Wira terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Alza. Kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Shuhaimi berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Jalan Raya Timur Barat
#jeli
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan