awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR

Sinar Harian
Sinar Harian
28/06/2024
10:50 MYT
Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR
Dua buah motosikal rosak dihempap pokok dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta angin kuat mengakibatkan dua motosikal rosak dihempap pokok dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Jumaat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Remi Che Hat berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.59 petang.
"Pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Titiwangsa dengan kekuatan lima anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan pejalan kaki dan menghempap dua motosikal jenis Honda RS dan Honda ADV," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang terlibat ketika kejadian berkenaan.
"Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dijalankan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dihempap pokok
#Pokok tumbang
#Jalan Tuanku Abdul Rahman
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan