KUANTAN: Dua nelayan dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah, di sini selepas keluar memancing ikan di laut, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, yang kedua-duanya beralamat di Beserah, di sini pada 11.52 pagi tadi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima kedua-dua lelaki berkenaan telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Katanya kedua-dua mangsa dipercayai kali terakhir dilihat sedang memancing di lokasi kira-kira 47 kilometer dari kawasan pantai oleh rakan mereka yang ketika itu dalam perjalanan hendak balik ke jeti sekitar 3 petang.
"Mengikut maklumat yang diterima, terdapat lapan bot yang keluar memancing dan memukat ikan namun kesemuanya telah balik ke jeti melainkan bot mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata pihaknya dimaklumkan kedua-dua lelaki itu membawa alat sistem pengesan global (GPS) dan jaket keselamatan bersama namun telefon bimbit tidak dibawa.
Beliau berkata usaha mencari nelayan berkenaan turut dijalankan sekitar 7.30 pagi ini oleh rakan mereka di lokasi mangsa dikatakan memancing semalam, tetapi gagal dikesan kerana laut bergelombang.
Katanya operasi mencari dan menyelamat kedua-dua lelaki itu sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang. - Foto: IPD Kuantan
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Dua lelaki ditahan disyaki jual diesel bersubsidi nelayan
Treler dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
SIMP : 92.3 peratus nelayan telah berdaftar
Sebanyak 92.3 peratus nelayan Pulau Pinang Selatan yang layak, telah membuat pendaftaran Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.
Tekong hilang ketika menangkap ikan
Kejadian disedari pada jam 8 pagi selepas Ahamadkamaroodin gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.
LKIM laksana pemutihan setiap bulan, pastikan hanya nelayan tegar terima elaun
LKIM akan membatalkan kelayakan nelayan yang tidak berstatus tegar antaranya tidak memenuhi syarat turun ke laut 120 hari setahun.
APMM tahan 100 nelayan warga asing di Pasir Puteh
Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).