awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan ditahan, miliki 35 set bubu naga - APMM

Aida Aziz
Aida Aziz
11/07/2022
04:25 MYT
Dua nelayan ditahan, miliki 35 set bubu naga - APMM
Menurit APMM, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,150. - Foto APMM
KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan dua nelayan tempatan di kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar, kira-kira jam 11.57 pagi, kelmarin.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, bot nelayan terbabit dikesan oleh bot Maritim Malaysia dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan rutin di perairan negeri Perak.
Katanya, hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati, dua nelayan warga tempatan termasuk tekong, masing-masing berumur 51 dan 53 tahun berada di atas bot.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, bot mempunyai dokumen vesel yang sah namun, memiliki 35 set bubu naga yang disyaki digunakan sebagai alat menangkap ikan.
"Nelayan, bot, bubu naga serta peralatan yang lain dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
"Nilai rampasan kali ini dianggarkan berjumlah RM3,150 iaitu RM90 setiap satu set bubu naga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Sharenliza berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.
Ujarnya lagi, penggunaan bubu naga bukan sahaja menyalahi undang-undang, bahkan menjejaskan ekosistem laut dan sumber pendapatan nelayan tradisional pesisir pantai.
Nelayan diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan sebarang salah laku jenayah atau kecemasan boleh laporkan kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05- 7279919.
Topic Berkaitan
#APMM
#bubu naga
#Kuala Kurau
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan