Skip to main content

Malaysia

Wanita maut dirempuh Tesla: Jurutera direman tiga hari

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah Tesla yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Kulim pada Isnin. - Foto PDRM/Sinar Harian
Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah Tesla yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Kulim pada Isnin. - Foto PDRM/Sinar Harian
Advertisement

KULIM: Pemandu kenderaan elektrik (EV) Tesla yang disyaki melanggar lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan Proton Saga FL di Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1 di sini direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, lelaki berusia 29 tahun itu direman bermula Selasa hingga Khamis.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai jurutera itu direman bagi membantu siasatan selepas pemandu Proton Saga FL meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Advertisement

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan elektrik (EV) Tesla yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan KHTP 1 pada Isnin.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa, Noor Lela Zainon, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Siasatan awal mendapati Tesla yang dipandu seorang lelaki itu dalam perjalanan dari arah Lebuh Perdana menghala ke Naga Lilit, manakala kenderaan dipandu mangsa dari arah Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) menuju ke Lebuh Perdana.

Mengulas dakwaan pemandu Tesla berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian, Syamsul berkata, ujian telah dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusan makmal. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement