awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nyaris maut, kereta terjunam di tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
21/09/2019
10:02 MYT
Dua nyaris maut, kereta terjunam di tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo
Kereta jenis Proton Saga terbabit telah terjatuh dari ketinggian 4.5 meter dari atas jalan yang dalam pembinaan.
Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terjunam jatuh ke kawasan tapak pembinaan jalan raya di Jalan KJD-Bintangor, berhampiran simpang Julau di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintenden Ismuni Umar berkata, salah seorang daripada mangsa berumur 53 tahun yang cedera telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Julau untuk menerima rawatan oleh pihak kontraktor projek Lebuh Raya Pan Borneo berkenaan.
Katanya, pemandu kereta  terbabit telah melarikan diri daripada tempat kejadian sejurus selepas kemalangan tersebut.
"Pihak kami hanya dimaklumkan oleh penyelia keselamatan tapak pembinaan itu ketika dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau pada jam 11 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini
Dalam kejadian itu, kereta jenis Proton Saga terbabit telah terjatuh dari ketinggian 4.5 meter dari atas jalan yang dalam pembinaan.
Kereta Proton Saga yang terbabas lalu terjunam ke tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
Kereta Proton Saga yang terbabas lalu terjunam ke tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
Sebelum kejadian itu, papan tanda had laju 50km/sj dan 'Men at Work' telah pun dipamerkan pada jarak yang sesuai untuk mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui tapak pembinaan jalan raya di situ.
Ismuni berkata, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan pihaknya sedang mengesan pemandu kereta terbabit untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Deputi Superintenden Ismuni Umar
#Julau
#kereta terjunam
#Ketua Polis Daerah Julau
#nyaris maut
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan