awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua papan iklan tumbang di Melaka tiada lesen - Exco

Bernama
Bernama
15/07/2024
04:05 MYT
Dua papan iklan tumbang di Melaka tiada lesen - Exco
Kesemua PBT akan memantau dan memeriksa semua papan iklan di negeri itu bagi memastikan ia berlesen dan pemasangannya mengikut prosedur yang ditetapkan. - Gambar/ JBPM
MELAKA: Dua papan iklan yang tumbang di Bachang dan Banda Hilir di sini dalam kejadian angin kuat awal pagi semalam didapati tidak mempunyai lesen dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata justeru, kesemua empat PBT akan memantau dan memeriksa semua papan iklan di negeri itu bagi memastikan ia berlesen dan pemasangannya mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau berkata selain itu, tindakan berkenaan juga bagi memastikan tiada papan iklan haram dipasang di sekitar negeri itu sekali gus mengelak kejadian sama berulang yang berkemungkinan disebabkan tidak mengikut prosedur pemasangan ditetapkan.
"Alhamdulillah, kejadian semalam tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan pada orang awam, namun insiden ini perlu diberi perhatian serius oleh semua PBT bagi memastikan ia tidak berulang, terutamanya melibatkan papan iklan haram.
"Tindakan segera daripada PBT terlibat terhadap dua kes berkenaan akan diambil termasuk memeriksa dan memantau semua papan iklan lain sedia ada," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#papan iklan tumbang
#Melaka
#Banda Hilir
#Rais Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan