awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai kanan SPRM yang ditukarkan akan berbincang dengan KP JPA dan KSN esok

Bernama
Bernama
09/08/2015
14:06 MYT
Dua pegawai kanan SPRM yang ditukarkan akan berbincang dengan KP JPA dan KSN esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik. - Gambar Fail
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa esok bagi membincangkan pertukaran mereka.
Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.
"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan UMNO negeri di sini, hari ini.
Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Bahri mengetuai BOK, bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
BACA: 'Tukar dua pegawai SPRM tindakan terdesak'
BACA: Jangan ganggu siasatan SPRM - Akhbar Satar
BACA: Siasatan ke atas SPRM ditangguh sementara - KPN
Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata UMNO negeri akan membuat persiapan untuk menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk merasmikan persidangan ketiga-tiga UMNO bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau secara berkelompok.
Bernama difahamkan persidangan itu akan berlangsung di Dewan 2020 pada 23 Ogos ini yang dijangka dihadiri lebih 12,000 orang.
"Jumlah kehadiran mungkin lebih kerana ahli-ahli UMNO ternanti-nanti ucapan Perdana Menteri berhubung kemelut politik semasa dan media sosial," kata Shahidan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Shahidan Kassim
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan