awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja kilang ais maut, 18 cedera terhidu gas ammonia

Bernama
Bernama
13/08/2018
02:37 MYT
Dua pekerja kilang ais maut, 18 cedera terhidu gas ammonia
Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis itu di Seksyen 36 di sini, pagi ini. -Gambar hiasan
Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis itu di Seksyen 36 di sini, pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata dalam kejadian kira-kira 5.11 pagi itu, kedua-dua mangsa, warga asing yang identiti belum dikenal pasti, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sementara 18 pekerja warga asing yang cedera dihantar ke beberapa hospital iaitu lima di HTAR, Hospital Shah Alam (enam), Hospital Sungai Buloh (tiga) dan Hospital Banting (empat) bagi menerima rawatan.
"Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu terus dengan gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika mereka melakukan kerja rutin.
"Manakala pekerja lain yang cedera mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata kerana kandungan gas ammonia tinggi bacaannya iaitu 500 ppm (parts per million) berbanding bacaan normal iaitu 50 ppm ke bawah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Topic Berkaitan
#Azmel Kamarudin
#gas ammonia
#gas bocor
#Hospital Shah Alam
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#HTAR
#kilang ais
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan