awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar tahfiz masih kritikal

Bernama
Bernama
15/09/2017
09:18 MYT
Dua pelajar tahfiz masih kritikal
Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran semalam masih dalam keadaan kritikal.- Gambar Fail.
Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran semalam masih dalam keadaan kritikal.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dua pelajar lelaki berusia belasan tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ketika ini mereka masih belum sedarkan diri.
"Keadaan dua pelajar yang cedera parah itu memang kritikal yang mana seorang daripadanya melecur teruk serta darah masih keluar dari badannya manakala seorang lagi (mengalami) kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk dan ia tercucuk paru-paru mangsa.
Pasukan perubatan sedang sedaya upaya memberi rawatan terbaik kepada mereka,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perarakan Hari Malaysia Peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, 21 pelajar dan dua guru terkorban dalam kebakaran kira-kira 5.15 pagi semalam,
Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera dalam kebakaran itu semlam.
Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata empat pelajar dan seorang awam yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HKL.
"Mereka yang lain itu mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah tangan, patah kaki, patah pinggang, patah tulang rusuk, patah punggung dan dalam lawatan saya semalam di hospital mendapati mereka stabil.
Mereka tercedera selepas terjun dari bangunan pusat tahfiz berkenaan kerana mahu menyelamatkan diri.Cuma seorang sahaja yang tidak cedera kerana dia menyelamatkan diri dengan mengelongsor menerusi batang paip,"katanya.
Sementara itu, beliau berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) semua mayat mangsa dapat diselesaikan lebih awal berbanding jangkaan kerana mendapat bantuan doktor dan petugas daripada hospital berdekatan iaitu Hospital Ampang dan Hospital Selayang bagi membantu petugas Institut Perubatan dan Forensik Negara (IPFN).
"Kami mempunyai pasukan perubatan yang cukup malah dibantu doktor dari hospital berdekatan bagi mempercepatkan proses DNA berkenaan,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
#Hospital Kuala Lumpur
#kebakaran
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan