SETIU: Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun lepas.
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori Muhammad Hafihnizam Idris, 30, serta kelindan Mohamad Sharif Abd Rahman, 23, dan mengarahkan mereka dihukum penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah juga mengarahkan 78 ekor kambing jantan bernilai RM22,951.20 itu dilucutkan hak dan menjadi hasil kerajaan.
Mereka didakwa memindahkan haiwan dari Thailand yang dimasukkan ke dalam guni menggunakan lori tanpa Perakuan Kebenaran Pindah dan Perakuan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah JPV Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tepi jalan di Kampung Penarik, di sini pada 7.50 malam, 13 Dis lepas.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut perenggan 4 (1) (c) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu 2023, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM15,000 mengikut subseksyen 36 (7) akta sama.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan seorang pemandu lori, Mohd Farhan Ab Rahim, 36, didenda RM8,000 atau penjara lapan bulan oleh mahkamah sama setelah mengaku bersalah atas kesalahan serupa melibatkan 49 ekor kambing betina bernilai RM13,160.
Kesemua kambing itu menjadi hasil kerajaan setelah dilucutkan hak oleh mahkamah.
Mohd Farhan didakwa memindahkan kesemua kambing dari negara itu di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Mahkamah Setiu pada 8.45 malam, 12 Julai lepas.
Kedua-dua prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV Terengganu, Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes itu terbongkar hasil risikan JPV Terengganu susulan aduan penjualan kambing murah atau 'kambing viral' yang dibawa masuk ke Malaysia secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Mereka didakwa memindahkan haiwan dari Thailand yang dimasukkan ke dalam guni menggunakan lori tanpa Perakuan Kebenaran Pindah dan Perakuan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah JPV Terengganu atau pegawai yang diberi kuasa olehnya. - Gambar/ Bernama
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.

Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.

PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.