awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemuda salah guna parkir OKU di pusat beli belah perlu mohon maaf

Bernama
Bernama
08/12/2021
15:58 MYT
Dua pemuda salah guna parkir OKU di pusat beli belah perlu mohon maaf
Ras Adiba berkata tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, telah mempersendakan golongan istimewa terbabit. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Dua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli belah di sini, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, telah mempersendakan golongan istimewa terbabit.
"Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.
"Sudahlah (keadaan) kami susah, orang semua selalu memandang rendah terhadap kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami.
"Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU," katanya dalam video di Facebook beliau hari ini.
Dalam hantaran itu, Ras Adiba turut memaparkan video mengenai dua pemuda terbabit yang berkongsi cara mendapatkan parkir di pusat beli-belah dengan berpura-pura menjadi OKU.
Video tersebut turut menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#viral
#parkir OKU
#pusat beli belah
#Ras Adiba Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan