awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pusat hiburan di Bangsar diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2022
20:26 MYT
Dua pusat hiburan di Bangsar diserbu
Dua individu diberkas dalam serbuan berasingan di dua buah pusat hiburan di kawasan Jalan Telawi 5, Bangsar di sini pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Dua individu diberkas dalam serbuan berasingan di dua buah pusat hiburan di kawasan Jalan Telawi 5, Bangsar di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan pertama dijalankan kira-kira jam 12.15 pagi manakala serbuan kedua dijalankan kira-kira jam 12.23 pagi.
"Serbuan pertama berjaya menahan seorang lelaki tempatan bertindak sebagai penjaga premis berumur 19 tahun dan seramai 15 pelanggan terdiri daripada sembilan lelaki dan enam perempuan telah diperiksa.
"Serbuan kedua telah menahan seorang lelaki bertindak sebagai penjaga premis berumur 35 tahun dan seramai 22 pelanggan warga tempatan terdiri daripada 21 lelaki dan seorang wanita telah diperiksa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, serbuan dijalankan turut merampas peralatan yang digunakan di kedua pusat hiburan berkenaan.
"Serbuan pertama telah merampas dua keping resit perniagaan, enam botol minuman keras, sebuah performance DJ controller, satu unit mikrofon dan sebuah alat pembesar suara.
"Serbuan kedua yang dijalankan telah merampas dua keping resit perniagaan, tujuh botol minuman keras, sebuah tablet dan sebuah alat pembesar suara," katanya.
Menurutnya, kedua-dua serbuan itu dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pusat hiburan dan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penyakit berjangkit di negara ini dapat dikawal sepenuhnya.
"Sebarang pelanggaran peraturan atau undang-undang boleh dikenakan tindakan tegas," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#Jalan Telawi 5
#Amihizam Abdul Shukor
#Akta Hiburan Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan