awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan cedera kereta masuk gaung

Bernama
Bernama
29/01/2025
07:46 MYT
Dua rakan cedera kereta masuk gaung
Mangsa yang berusia 21 dan 20 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibantu orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.- Foto JBPM
IPOH: Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 11.11 pagi daripada orang awam.
"Setiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung.
"Mangsa yang berusia 21 dan 20 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibantu orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan kembali selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua rakan cedera
#kereta masuk gaung
#Tapah
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan