KOTA BHARU: Terjebak dengan judi dalam talian dan percintaan menyebabkan dua pelajar tingkatan lima di negeri ini menjadi mangsa along, dedah Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK).
Yang Dipertuanya Datuk Seri Mohd Fared Abdul Ghani berkata, mereka antara 280 individu yang membuat aduan diugut oleh along sepanjang bulan lepas, setelah gagal melunaskan pinjaman.
Dalam kes dua pelajar terbabit, masing-masing hanya meminjam RM600 dan RM1,000, namun kini perlu membayar balik RM3,000 dan RM5,000, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan air mineral kepada Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kes lain didakwa berpunca daripada desakan hidup dan juga kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa sekarang.
Menurutnya, PPIK percaya nombor-nombor agensi pinjaman lintah darat ini yang dipamer di merata-rata tempat, turut mendorong orang ramai yang mungkin dalam keadaan terdesak, memilih untuk meminjam daripada along tanpa menghiraukan faedah pinjaman yang tinggi.
"Secara purata, pihak kami (PPIK) menerima 10 aduan hampir setiap hari daripada peminjam ini," katanya.
Beliau berkata bagi menyelesaikan masalah peminjam dengan along terbabit, PPIK akan cuba berunding dengan ceti haram berkenaan untuk mengurangkan kadar faedah kepada sekitar 10 peratus sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021

Dalam kes dua pelajar terbabit, masing-masing hanya meminjam RM600 dan RM1,000, namun kini perlu membayar balik RM3,000 dan RM5,000. - Gambar fail/Bernama

JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.

AWANI Ringkas: Isu ketirisan minyak masak subsidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Polis terima laporan video 'prank' tarik tudung dua wanita
Lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen.

Sekurang-kurangnya enam terkorban dalam banjir di Pakistan
Hujan lebat yang bermula sejak Isnin itu turut menjejaskan sejumlah rumah penduduk lain di kawasan terpencil itu.

'Sedar-sedar mak dah tiada'
Mangsa maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang.

Banjir Baling: KDN gerakkan agensi bagi koordinasi bantuan
Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Remaja lemas, tergelincir di kawasan Air Terjun Pecah Batu
Seorang remaja lelaki lemas selepas dipercayai tergelincir di kawasan perkelahan Air Terjun Pecah Batu, Trong, Taiping.

Suspek bunuh pelajar perempuan tingkatan empat di Klang direman - Polis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang remaja perempuan yang ditemukan maut di hadapan rumah dekat Kampung Idaman, Pandamaran semalam.

Remaja mati lemas ketika mandi di kolam binaan
Mangsa telah berjaya ditemui oleh anggota keluarganya, apabila timbul di permukaan berhampiran jentera pengorek tanah di kolam terbabit.

Remaja perempuan hilang 6 hari ditemui di Bangi
Remaja itu ditemui dalam keadaan selamat, namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci lokasi penemuan terbabit.

Tiga remaja cedera parah kemalangan motosikal
Insiden yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu turut disaksikan beberapa rakan mangsa yang menunggang secara kumpulan.

Polis terima laporan remaja perempuan hilang, minta orang awam salur maklumat
Polis sudah menerima laporan berhubung kehilangan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nur Hidayati Duwaijah Mazlan sejak 20 Jun lepas di Kampung Bandar Dalam, Sentul.

Pemuda mengaku salah rogol remaja bawah umur
Remaja perempuan berusia 12 tahun 11 bulan itu dikenali di media sosial.

Maut dalam perjalanan ke sekolah
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa melanggar sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah hadapan ketika ia memasuki simpang kanan jalan.

Empat remaja lari dari asrama anak yatim ditemui selamat
Kesemua remaja tersebut telah dijumpai di rumah bapa saudara mereka oleh sepasukan anggota Unit Risikan Jenayah (URJ).