awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja meninggal dunia di Kuala Sedili, disyaki lemas

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/01/2024
09:53 MYT
Dua remaja meninggal dunia di Kuala Sedili, disyaki lemas
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi pada petang Rabu. - Astro AWANI
KOTA TINGGI : Dua remaja disahkan meninggal dunia, disyaki akibat lemas dalam kejadian di Kampung Perepat, Kuala Sedili pada tengah hari Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi pada petang Rabu.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal diterimanya, kedua-dua mangsa merupakan sahabat, berusia 15 dan 19 tahun.
“Pada hari ini, pihak kami di Kuala Sedili telah menerima laporan disyaki lemas yang berlaku di kawasan Kampung Perepat, Kuala Sedili.
“Saya masih belum mendapat maklumat lanjut tapi daripada maklumat, saya dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
“Dalam lebih kurang hampir jam 1 tengah hari, kedua-dua mangsa ini, dua remaja lelaki telah dikhuatiri lemas dan telah dijumpai oleh orang kampung yang membantu usaha mencari dan menyelamat di tempat kejadian.
“Jadi saya minta penduduk, agar berhati-hati dan berwaspada. Bantu polis dan kami bantu anda untuk kekal selamat,” katanya.
Tambah beliau, polis percaya terdapat dua atau tiga orang lain turut bersama kedua-dua mangsa ketika kejadian itu berlaku.
Buat masa ini, Astro AWANI masih menunggu laporan penuh kejadian yang akan dikongsikan kepada media sebaik siasatan awal dilengkapkan.
Topic Berkaitan
#lemas
#dua sahabat lemas
#kampung perebat
#Kuala Sedili
#Johor
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan