awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2025
08:08 MYT
Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dhani (kiri) dan Danish maut selepas kereta dinaiki bersama tiga lagi rakan mereka dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang, pokok kelapa serta hentian bas pada Khamis.
ALOR SETAR: Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.
Ketika kejadian, Muhammad Dhani Arumi Mohd Azlan dan Muhammad Danish Iqbal Mohd Niza yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar (SMKDSO), menaiki kereta jenis Perodua Myvi bersama tiga lagi rakan mereka.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, tiga rakan mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati insiden membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki lima remaja lelaki berusia 18 tahun.
"Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan ketika dipandu dari arah Jalan Alor Mengkudu, sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang, pokok kelapa serta hentian bas.
"Akibat perlanggaran itu, kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan dan terpaksa dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan dua mangsa, iaitu penumpang hadapan sebelah kiri dan penumpang belakang sebelah kiri, maut di tempat kejadian.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa yang cedera parah sedang dirawat di zon merah hospital sama.
Siti Nor Salawati memaklumkan, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil memberi keterangan di Balai Polis Trafik Kota Setar atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Ifzam Mohd Zaini di talian 04-7321222 atau 012-4043373 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua remaja lelaki maut, manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan di Jalan Tanjung Bendahara di sini pada Khamis malam. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan 2025
#tragedi tarawih
#kemalangan maut
#dua remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan