awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek kes simbah asid dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
29/05/2025
10:05 MYT
Dua suspek kes simbah asid dibebas dengan jaminan polis
Kedua-dua suspek sebelum ini direman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
KOTA BHARU: Dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes serangan simbah asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata suspek masing-masing seorang wanita berusia 38 tahun dan lelaki berusia 45 tahun sebelum ini direman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, kedua-dua suspek belum dituduh. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan daripada Jabatan Kimia dan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata polis turut mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian dan disyaki masih berada di negeri ini.
Pada 17 Mei lalu, seorang peniaga wanita disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang.
Mangsa mengalami kecederaan melecur pada bahu, belakang, lengan dan kaki, dan kini dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes simbah asid
#suspek dibebas
#jaminan polis
#pemilik spa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan