awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua 'tokan dadah' ditahan bersama lebih 800 gram syabu

Bernama
Bernama
18/04/2025
14:05 MYT
Dua 'tokan dadah' ditahan bersama lebih 800 gram syabu
Christopher berkata kedua-duanya dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lepas dengan masing-masing memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah. - Gambar FB Polis Melaka Tengah
MELAKA: Dua lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas bersama syabu seberat 822.1 gram dianggar bernilai RM18,000, dalam sekatan jalan raya di Jalan Ong Kim Wee di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an dan menaiki kereta jenis Toyota Vios ditahan kira-kira 1.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bukan berasal dari Melaka dan mereka memaklumkan dalam perjalanan untuk berjumpa rakan.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemukan sebungkus plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dadah yang boleh digunakan 4,110 penagih itu disyaki untuk edaran pasaran negeri ini.
Christopher berkata kedua-duanya dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lepas dengan masing-masing memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Mereka turut didapati positif terhadap methamphetamine dan kini direman hingga 24 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rekod jenayah lampau
#Sekatan Jalan Raya
#methamphetamine
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan